The Vanished Man

The Vanished Man by Jeffery Deaver

cerita penyiasatan. kenapa aku suka baca cerita sebegini? cerita-cerita Hardy Boys, Nancy Drew menghiasi hari-hari aku waktu kecil. bukan aku sorang, tapi semua kakak abang aku pun begitu.

mak ayah aku guru, jadi masa kecik dulu mak selalu belikan kami buku. buku kisah Nabi-Nabi, buku cerita dongeng. bila besar sikit, akak abang beli buku Tiga Penyiasat, Alfred Hitchcock..

mulanya baca dalam bahasa melayu, lepas tu nelarat baca dalam bahasa inggeris pulak. rasanya begitulah aku mula menyukai bahasa asing itu.

the vanished man, cerita penyiasatan,detektif berkaitan pembunuhan yang melibatkan pelbagai aksi magik atau silap mata orang melayu panggil. membaca kisah ini buat aku teringat satu cerita dalam tv tak lama dulu, tapi aku lupa tajuknya.

cerita pasal anggota polis 'profiler' yang dah lumpuh tapi masih beri khidmat menggunakan kepakaran otaknya. The Bones ke apa tajuknya, kalau tak silap pelakonnya Angelina Jolie dengan Denzel Washington. haha jangan tak tau, aku suka tengok tv!

beza antara 2 cerita ni cuma, dalam buku ni ditulis dengan jelas satu persatu aksi silap mata tu dan banyak la aku belajar perkataan-perkataan (istilah) baru..illusion, body reading, escaping dll

ada juga dia tulis berkenaan kemahiran menyamar (6 watak dalam beberapa minit sahaja)dan juga kemahiran mengalihkan perhatian. this murderer / magician actually diverted those polices' attention bukan sekali dua bahkan sampai 4 kali! betul-betul mencabar kemahiran 'menjangka' aku selaku pembaca. selalunya bila baca buku, after first 20 pages dah boleh agak siapa the doer. tapi kali ni, aku surrender!hehe



##kemahiran magician yang aku rasa nak belajar, pick up the lock/bolt under 10 seconds! ho ho boleh masukkan dalam resume, mintak kerja kat bank!hehe

No comments:

Post a Comment