korea oh korea

semalam dan dua hari lepas, aku tengok cerita korea. tajuk dia 'the goddess of fire'. siri drama baru, tak leh tengok kat tv malaysia lagi. dah masuk episod 4 kemarin.

kenapa aku nak cerita benda ni? tak tau lah. mungkin sebab aku rasa nak menulis sangat ni. aku rasa aku kena start tulis diari balik la. aku tengok dalam KBS World rancangan Mama Mia, dia kata tulis jurnal ni boleh kurangkan risiko nyanyuk @ alzheimer? aku nak try (",)

berbalik kepada cerita tu. aku suka sangat tengok cerita historical korea ni. tak tau la kenapa. sebab bahasanya ke, sebab pakaiannya ke, atau sebab pelakonnya.

mula dengan drama jewel in the palace, jumong, yi san, dong yi, the moon that embraces the sun, queen seon deok dan banyak lagi la...

goddess of fire ni cerita pasal pottery. orang kerja buat mangkuk, cawan, jag tembikar tu semua. sangat menarik dan lain dari cerita-cerita sebelum ni. hwang jin yi cerita pasal gisaeng atau penghibur zaman dulu. jewel in the palace pasal tukang masak / tabib istana. jang ok jung pasal tukang jahit baju / pereka fesyen.

gu family book pasal anak manusia kacuk anak raksasa..hehe..the horse doctor, faith, gwanggaeto, time slip dr jin, banyak la lagi kalau nak sebut satu-satu..haha

pendek kata, pelbagai subjek dalam cerita-cerita history korea ni yang tak ada dalam cerita-cerita melayu kita...

dah..dia datang dah..ejen pembantut idea aku! stop sini dulu..

   
  
  
  
  
  
 

No comments:

Post a Comment