hari ni aku nak cerita pasal penjahat yang pecah masuk asrama..apa yang dipecahkan untuk dia dapat masuk, itu aku tak tau. yang pentingnya dia dapat masuk,ok!
malam tu lepas solat isya' aku macam biasa pergi ke kelas untuk study. maklumlah duduk asrama ni memang banyak peraturannya. bukan macam duduk di rumah, sukahati je bila nak belajar. penghuni asrama ni akan study (secara individu) 2 kali sehari : pukul 3 hingga 4 petang dan pukul 9 hingga 10.30 malam. kira okey lah tu kan, kadang-kadang time tu ada jugak buat study group ataupun bagi kelas yang lemah, ada sesi kelas tambahan yang akan diurus oleh guru ataupun murid senior anjuran unit akademik/ilmiyyah.
dipendekkan cerita...masa study tu aku seperti biasa, study separuh mati..hehe aku kan pelajar mitsali...huhu habis study je cepat-cepat aku balik ke bilik. baru je nak lelap,tetiba member ajak sembang pulak..kawan aku ni pun satu, dah tau esok sekolah lepas tu lampu kena tutup (wajib tutup) jam 11.30 malam, lagi dia mahu ajak aku melepak kat bilik dia,layan bersembang.
tapi dek kerana aku ni seorang kawan yang sporting (cheewaah), aku ikut je la. seronok jugak dapat bersembang ni, bincang-bincang masalah negara..haha. sudahnya kul 1-2 pagi baru kitaorang tidur.
tengah enak melayan mimpi, tiba-tiba aku rasa ada tangan pegang kaki aku..fuhh memang hangat je hati aku ni. siapa pulak la yang rajin sangat mengganggu tidurku yang lena ni..
"bangun laa..tolong la bangun..." suara adik junior menyapa telinga.dengan susah payah,aku celikkan juga mata. "amenda?? orang nak tido ni!"
"ada tangan..." "tangan apa??" "kat lubang atas pintu besar tu ada tangan. macam nak buka kunci je" suara junior tu menggeletar aku dengar.
"bangun la, ada orang nak pecah masuk asrama kita ni!!" mata yang kucelik menangkap beberapa orang junior lagi yang sedang mengelilingi aku.
bilik aku yang dipanggil bilik 2 asrama Ummu Sulaim memang punya ramai junior.. boleh dikatakan hampir separuh dari mereka adalah junior di tingkatan 1 dan 2.. yang paling senior ialah aku, aku dah hampir 3 tahun tak ditukar ke asrama lain (biasanya ada pertukaran penghuni setiap hujung tahun).. aku bukan tak suka duduk kat bilik ni, cuma aku lemah betul bila mengadap adik-adik junior..
diaorang ingat mentang-mentang aku ni senior, aku ni gagah sangat ke? hehe.. aku ni sebenarnya lagi penakut dari diaorang! dah lah badan aku ni kecik kiut miut, kalau nak aku lawan dengan penjahat tu, awal-awal lagi dia dah terbaring ketawakan aku agaknya..huhu
aku bangkit juga separuh malas, aku angkat badanku cukup-cukup untuk menjenguk ke arah pintu tersebut. Allahu akbar! memang ada tangan manusia kat situ, sedang menggagau-gagau mencari selak pintu gamaknya. aku lihat juga, ada beberapa senior dan rakan sekelas aku sedang bersedia dengan batang penyapu dekat pintu. naik hairan juga aku, kenapalah mereka tak pukul aje tangan tu? tak pun, ambik aje air panas dalam termos dan simbah. biar menggelupur tuan punya tangan tu, padan dengan muka! ada hati nak pecah masuk rumah orang.
2,3 orang junior aku dah mula merah mata, nak menangis la tu..kesian betul..hehe
"annas! mari la sini,tolong kitaorang!", suara ketua asrama memanggil aku.
"dia belum masuk,kan?nanti dah masuk, baru korang kejutkan aku balik ek! aku ngantuk ni, tido jap"
suara esak-esak junior terdengar. tapi aku dah tak boleh celik mata lagi, badan aku terhempas mencari tilam yang sangat nyaman itu..zzzzzzzzzzzzzzzzz
**penjahat tu? kawan-kawan semua pakat buka semua lampu dan berselawat kuat-kuat..tak tau ke mana dia lari tapi rancangannya nak masuk tak berjaya.. dan aku tidur sepuasnya (dan kena marah/kutuk dengan semua yang tengok apa aku buat masa tu) hehe..apa punya kawan la aku ni,kan?

No comments:
Post a Comment