menjejak si maling

1997

aku seorang pengawas sekolah. jadi pengawas ni tersangatlah mudah, terutama bagi orang-orang yang suka mengikut arahan atau dalam bahasa mudahnya 'skema'. tapi seorang yang 'skema' kah aku ni? oh naa naa. aku bukan skema tapi aku seorang yang berpegang pada prinsip 'hidup jangan sampai menyusahkan orang lain atau diri sendiri'. jadi untuk memastikan itu berlaku, jadilah aku seorang yang akan menurutkan peraturan yang aku tahu akan memberikan diriku dan orang lain suatu yang bernama 'keselesaan'...hehe

tapi sebagaimana semua orang tahu, bila kamu jadi pengawas (atau manusia), kamu akan bertemu dengan bermacam ragam manusia lain. yang kadang-kadang kamu tak pernah terfikir bahawa mereka yang sebegini ada wujud di muka bumi ni.

satu hari aku yang tengah lapar bersegera berlari menuju kantin sekolah pada waktu rehat. rehat jam 10.30 pagi ni bukannya lama sangat, dengan kelas aku yang berada di kawasan asrama bawah ni, nak berlari menuju kantin yang terletak di kawasan asrama atas..tambah lagi, tak boleh nak berlari ala juara pecut 100 meter (well, aku still kena control laku sebagai pengawas..ahaks).. 

tiba-tiba ada suara yang cemas memanggil.

"akak, cepat! ketua pengawas panggil!"

adooiiii!!! kenapa time ni dia nak panggil aku??? time perut tengah bergendang..dah la aku tak sarapan pagi tadi..begitu lah suara hati aku ni.

berdepan dengan ketua pengawas, aku lihat beberapa rakan setugas lain ada bersama. seorang pelajar I'dadi (menengah rendah) juga ada di situ. naik hairan pulak aku tengok, ada pengawas yang sudah merah padam wajahnya, ketua pengawas sendiri pun dah hampir menangis tapi budak tu rilek aje. pandangannya dilempar jauh ke arah padang di belakang asrama.

"kenapa tu?" keluar soalan dari mulut aku.

"mak cik kantin tangkap dia beli kuih tak bayar duit", jawab member di sebelah.

naik pelik jugak aku jadinya. budak tu setahu aku bukan orang miskin. mak dia setiap jumaat tak pernah miss datang dengan pakaian orang senang, emas melilit di tangan, baju sutera. setiap minggu mak dia tersenyum kat depan pagar asrama datang pegang 1 tong berisi air masak (punya sayang kat anak, tak kasi minum air yang pelajar gotong royong rebus dalam periuk besar guna kayu api).

"dah banyak kes ni. ambik dompet dalam almari orang pun pernah ni", dapat maklumat lagi.

tetiba aku tengok ketua aku dah mula mengalirkan air mata. alamak! ni yang aku lemah ni, tang air mata si gagah perkasa ni lah yang aku tak tahan. ketua mencuit aku, tanda arahan supaya mengambil alih tugas menyoal siasat tuh.

"baik bagi orang lain je,kak. aku ni ganas sikit walaupun nampak lemah.kang ada yang biru mata hitamku pulak ni". wah! cantik betul alasan aku bagi. tapi betul lah, aku memang angin kalau ada orang dah buat salah tapi tak nak mengaku. apa lagi kalau kesalahan tu boleh melibatkan nama orang lain. bukan apa, nanti bising pula orang menuduh pelajar agama ni suka mencuri.

si maling sorang ni pulak, dia siap dah berani bersumpah dengan nama Allah yang dia tak buat benda tu. aku dah risau juga, karang terbukti yang dia betul tak buat, naya kami kena tanggung dosa fitnah. uuuiiii takutnya.
mencuri memang dosa, tapi menfitnah tu lagi teruk akibatnya. kan?kan?

* kes kecurian yang menyedihkan ni terbukti benar bila budak tu akhirnya mengaku bersalah (setelah diceramahkan oleh timbalan ketua pengawas tentang azab api neraka). ketua aku terduduk, terkedu dengan keberanian budak tu bersumpah sedangkan dia memang betul bersalah. aku lagi terkejut, ada juga manusia macam ni ye?

No comments:

Post a Comment