penjahat

hari ni aku nak cerita pasal penjahat yang pecah masuk asrama..apa yang dipecahkan untuk dia dapat masuk, itu aku tak tau. yang pentingnya dia dapat masuk,ok!

malam tu lepas solat isya' aku macam biasa pergi ke kelas untuk study. maklumlah duduk asrama ni memang banyak peraturannya. bukan macam duduk di rumah, sukahati je bila nak belajar. penghuni asrama ni akan study (secara individu) 2 kali sehari : pukul 3 hingga 4 petang dan pukul 9 hingga 10.30 malam. kira okey lah tu kan, kadang-kadang time tu ada jugak buat study group ataupun bagi kelas yang lemah, ada sesi kelas tambahan yang akan diurus oleh guru ataupun murid senior anjuran unit akademik/ilmiyyah.

dipendekkan cerita...masa study tu aku seperti biasa, study separuh mati..hehe aku kan pelajar mitsali...huhu habis study je cepat-cepat aku balik ke bilik. baru je nak lelap,tetiba member ajak sembang pulak..kawan aku ni pun satu, dah tau esok sekolah lepas tu lampu kena tutup (wajib tutup) jam 11.30 malam, lagi dia mahu ajak aku melepak kat bilik dia,layan bersembang.

tapi dek kerana aku ni seorang kawan yang sporting (cheewaah), aku ikut je la. seronok jugak dapat bersembang ni, bincang-bincang masalah negara..haha. sudahnya kul 1-2 pagi baru kitaorang tidur.

tengah enak melayan mimpi, tiba-tiba aku rasa ada tangan pegang kaki aku..fuhh memang hangat je hati aku ni. siapa pulak la yang rajin sangat mengganggu tidurku yang lena ni..

"bangun laa..tolong la bangun..." suara adik junior menyapa telinga.dengan susah payah,aku celikkan juga mata. "amenda?? orang nak tido ni!"

"ada tangan..." "tangan apa??" "kat lubang atas pintu besar tu ada tangan. macam nak buka kunci je" suara junior tu menggeletar aku dengar.

"bangun la, ada orang nak pecah masuk asrama kita ni!!" mata yang kucelik menangkap beberapa orang junior lagi yang sedang mengelilingi aku.

bilik aku yang dipanggil bilik 2 asrama Ummu Sulaim memang punya ramai junior.. boleh dikatakan hampir separuh dari mereka adalah junior di tingkatan 1 dan 2.. yang paling senior ialah aku, aku dah hampir 3 tahun tak ditukar ke asrama lain (biasanya ada pertukaran penghuni setiap hujung tahun).. aku bukan tak suka duduk kat bilik ni, cuma aku lemah betul bila mengadap adik-adik junior..

diaorang ingat mentang-mentang aku ni senior, aku ni gagah sangat ke? hehe.. aku ni sebenarnya lagi penakut dari diaorang! dah lah badan aku ni kecik kiut miut, kalau nak aku lawan dengan penjahat tu, awal-awal lagi dia dah terbaring ketawakan aku agaknya..huhu

aku bangkit juga separuh malas, aku angkat badanku cukup-cukup untuk menjenguk ke arah pintu tersebut. Allahu akbar! memang ada tangan manusia kat situ, sedang menggagau-gagau mencari selak pintu gamaknya. aku lihat juga, ada beberapa senior dan rakan sekelas aku sedang bersedia dengan batang penyapu dekat pintu. naik hairan juga aku, kenapalah mereka tak pukul aje tangan tu? tak pun, ambik aje air panas dalam termos dan simbah. biar menggelupur tuan punya tangan tu, padan dengan muka! ada hati nak pecah masuk rumah orang.

2,3 orang junior aku dah mula merah mata, nak menangis la tu..kesian betul..hehe

"annas! mari la sini,tolong kitaorang!", suara ketua asrama memanggil aku.

"dia belum masuk,kan?nanti dah masuk, baru korang kejutkan aku balik ek! aku ngantuk ni, tido jap"

suara esak-esak junior terdengar. tapi aku dah tak boleh celik mata lagi, badan aku terhempas mencari tilam yang sangat nyaman itu..zzzzzzzzzzzzzzzzz




**penjahat tu? kawan-kawan semua pakat buka semua lampu dan berselawat kuat-kuat..tak tau ke mana dia lari tapi rancangannya nak masuk tak berjaya.. dan aku tidur sepuasnya (dan kena marah/kutuk dengan semua yang tengok apa aku buat masa tu) hehe..apa punya kawan la aku ni,kan?




menjejak si maling

1997

aku seorang pengawas sekolah. jadi pengawas ni tersangatlah mudah, terutama bagi orang-orang yang suka mengikut arahan atau dalam bahasa mudahnya 'skema'. tapi seorang yang 'skema' kah aku ni? oh naa naa. aku bukan skema tapi aku seorang yang berpegang pada prinsip 'hidup jangan sampai menyusahkan orang lain atau diri sendiri'. jadi untuk memastikan itu berlaku, jadilah aku seorang yang akan menurutkan peraturan yang aku tahu akan memberikan diriku dan orang lain suatu yang bernama 'keselesaan'...hehe

tapi sebagaimana semua orang tahu, bila kamu jadi pengawas (atau manusia), kamu akan bertemu dengan bermacam ragam manusia lain. yang kadang-kadang kamu tak pernah terfikir bahawa mereka yang sebegini ada wujud di muka bumi ni.

satu hari aku yang tengah lapar bersegera berlari menuju kantin sekolah pada waktu rehat. rehat jam 10.30 pagi ni bukannya lama sangat, dengan kelas aku yang berada di kawasan asrama bawah ni, nak berlari menuju kantin yang terletak di kawasan asrama atas..tambah lagi, tak boleh nak berlari ala juara pecut 100 meter (well, aku still kena control laku sebagai pengawas..ahaks).. 

tiba-tiba ada suara yang cemas memanggil.

"akak, cepat! ketua pengawas panggil!"

adooiiii!!! kenapa time ni dia nak panggil aku??? time perut tengah bergendang..dah la aku tak sarapan pagi tadi..begitu lah suara hati aku ni.

berdepan dengan ketua pengawas, aku lihat beberapa rakan setugas lain ada bersama. seorang pelajar I'dadi (menengah rendah) juga ada di situ. naik hairan pulak aku tengok, ada pengawas yang sudah merah padam wajahnya, ketua pengawas sendiri pun dah hampir menangis tapi budak tu rilek aje. pandangannya dilempar jauh ke arah padang di belakang asrama.

"kenapa tu?" keluar soalan dari mulut aku.

"mak cik kantin tangkap dia beli kuih tak bayar duit", jawab member di sebelah.

naik pelik jugak aku jadinya. budak tu setahu aku bukan orang miskin. mak dia setiap jumaat tak pernah miss datang dengan pakaian orang senang, emas melilit di tangan, baju sutera. setiap minggu mak dia tersenyum kat depan pagar asrama datang pegang 1 tong berisi air masak (punya sayang kat anak, tak kasi minum air yang pelajar gotong royong rebus dalam periuk besar guna kayu api).

"dah banyak kes ni. ambik dompet dalam almari orang pun pernah ni", dapat maklumat lagi.

tetiba aku tengok ketua aku dah mula mengalirkan air mata. alamak! ni yang aku lemah ni, tang air mata si gagah perkasa ni lah yang aku tak tahan. ketua mencuit aku, tanda arahan supaya mengambil alih tugas menyoal siasat tuh.

"baik bagi orang lain je,kak. aku ni ganas sikit walaupun nampak lemah.kang ada yang biru mata hitamku pulak ni". wah! cantik betul alasan aku bagi. tapi betul lah, aku memang angin kalau ada orang dah buat salah tapi tak nak mengaku. apa lagi kalau kesalahan tu boleh melibatkan nama orang lain. bukan apa, nanti bising pula orang menuduh pelajar agama ni suka mencuri.

si maling sorang ni pulak, dia siap dah berani bersumpah dengan nama Allah yang dia tak buat benda tu. aku dah risau juga, karang terbukti yang dia betul tak buat, naya kami kena tanggung dosa fitnah. uuuiiii takutnya.
mencuri memang dosa, tapi menfitnah tu lagi teruk akibatnya. kan?kan?

* kes kecurian yang menyedihkan ni terbukti benar bila budak tu akhirnya mengaku bersalah (setelah diceramahkan oleh timbalan ketua pengawas tentang azab api neraka). ketua aku terduduk, terkedu dengan keberanian budak tu bersumpah sedangkan dia memang betul bersalah. aku lagi terkejut, ada juga manusia macam ni ye?

oh cincin emas pertamaku

hari tu genap sebulan aku bergelar pelajar sekolah menengah. umur aku? tentulah 13 tahun. sebab di Malaysia ni itulah umur untuk budak-budak sekolah menengah. walaupun ada ramai kawan aku yang umur 12 tahun masuk ke kelas yang sama, tapi kerana aku ni orang yang patuh undang-undang (huhu), aku masuk sekolah menengah ni pada umur yang sama seperti orang lain. kiranya kawan aku tu orang yang istimewa ke? boleh jadi la. hehe

bulan lepas, ayah suruh aku daftar ke sekolah ni. aku dengan separuh hati menurut saja walaupun sebenarnya aku dah janji dengan kawan baik aku (anak tokey kedai runcit) tu untuk ke sekolah yang sama. tapi tak apalah, janji dapat sekolah asrama, kat mana tu aku tak kisah sangat. kata kakak-kakak dan abang-abang aku, sekolah asrama ni bagus. boleh disiplinkan diri, semuanya disediakan, tinggal nak duduk dan tumpukan belajar aje.

fuiii.. memanglah aku teruja sesangat untuk melangkah ke sekolah asrama ni, tak kiralah penuh   atau separuh.hehe.janji asrama.. 

kemudian, bermula lah hidup aku sebagai seorang penghuni asrama. orang kata tanggapan pertama adalah sangat penting dan tanggapan pertama aku pada sekolah baru ni? 

"emm..diaorang ni letak aku kat sini untuk sementara aje kot. nanti-nanti barulah pindah duduk kat asrama tu."

dan hakikatnya susah untuk aku telan. sebenarnya apa yang nak aku harapkan dari sebuah asrama di sebuah sekolah agama rakyat? bangunannya tinggi melangit? makanannya tip top? peraturannya menyelesakan? 

ohhh! semua angananku musnah. hancur berkecai.

bangunan asrama di depan mataku ini lebih kurang rumah ayah aku aje (rendah sikit, pasal rumah aku 2 tingkat). asrama tu dibahagikan kepada 2 bahagian : asrama atas dan asrama bawah tapi bukan 2 tingkat ye!

asrama atas punya 2 bangunan (rumah banglo dan rumah panjang)..hehe lucu pulak bunyinya bila difikirkan. yang banglo tu kami panggil Asrama Nusaibah dan yang panjang tu dipanggil Asrama Ummu Sulaim. 

asrama bawah pulak punya 4 bangunan (rumah sederhana panjang, rumah petak dan rumah orang biasa). rumah biasa tu memang nampak biasa dari luar (pasal tu panggil rumah biasa!) nama dia Asrama Khadijah. rumah petak tu pulak Asrama Fatimah dan rumah sederhana panjang tu ada 2 : Asrama Rabiah dan Asrama Aisyah.

tentang makanannya? dengan yuran yang lebih murah dari pakaian aku, bagaimana nak kuharap untuk disajikan juadah hidangan diraja? hehe memang jauh panggang la dari api. peraturan? baju kurung 4 pasang, baju tidur labuh 3 pasang, kain batik 3 helai dan lain-lain peraturan lagi...........arrrrrrgggggghhhhhhhh

sikit demi sikit hati aku ni dah naik sebu! apa lagi bila bestpren aku tu tanya kenapa tak nampak batang hidung aku kat sekolah yang kami janji nak pergi tu. aku cakap la apa yang ayah bagitahu : "sekolah B tu bukak lambat, bulan depan baru bukak..pergi la sekolah A tu dulu. kalau tak bagus, baru la pindah."

"tapi sekolah B dah lama bukak la awak. lebih awal dari sekolah A yang awak pergi tuh!"

OHH MYY GODDD!!! ayah dah trick akuuuu????

                                  --------------------------end of the story--------------------------

## oh! cincin emas tu? itu harta berharga yang pertama aku ada (dan masih disimpan,aku nak buat pusaka untuk anak aku nanti)..itu rasuah dari mak aku, supaya aku terus kekal belajar kat sekolah yang serba kekurangan tu..hehe