Dah Pencen? 2

Perempuan.

Episod 2 : si Alya
nama saya Maisarah. saya seorang perempuan.
dewan kuliah yang tadi sunyi berubah rupa. suara-suara yang kedengaran menghasilkan pelbagai bunyi bagi pelbagai reaksi. ada suara ketawa, ada suara terkejut, ada juga suara mengejek.
semua boleh nampak awak ni perempuan, cik maisarah. suara puan sutinah kedengaran. unik cara awak perkenalkan  diri. boleh saya tau kenapa?
gadis bertudung litup itu senyum sedikit. di zaman moden ni ramai yang keliru identiti, puan. saya cuma nak tekankan yang saya tak keliru dan berbangga dengan identiti saya sebagai seorang perempuan. senyum simpul.
sekali lagi dewan riuh rendah. cayalah... sindiran halus tuuuu.. puan sutinah segera mengangkat tangan, meminta semua berdiam.
boleh saya tau, contoh orang yang keliru identiti tu, cik maisarah? manalah tau, takut-takut saya pun termasuk dalam golongan tu. puan sutinah mengangkat kening.
maisarah membalas dengan memgangkat keningnya juga. sudah terang lagi bersuluh, puan. kalau rupanya lelaki tetapi ada bling-bling di leher, tangan, telinga. saya rasa itu sudah termasuk dalam kategorinya. senyum lagi. dewan riuh rendah lagi.
tidak lama, pensyarah ilmu pendidikan, puan sutinah sukarman, anak jawa dari johor itu memulakan kelasnya. sungguh, perbualan itu masih berlegar di kepala.

No comments:

Post a Comment