Dah pencen? 3

Pertama Kali.

rumah besar bak istana. dalam gelap malam, satu badan bergerak perlahan-lahan, membuka pintu gelongsor, keluar lalu duduk di kerusi. menghadap ke kolam sederhana besar di hadapan.
dari tepi, kelihatan dua susuk badan lagi. terhendap-hendap. lobo! lobo! peluang baik kita malam ni!
hish! diamlah! nanti ada orang dengar. tangan menutup mulut kawan yang mencangkung di sebelah.
tu! tu! kau nampak apa yang aku nampak? peluang! langkah kanan kita malam ni, bro!
mulut ditekap dengan kain yang basah dengan cecair penidur. badan halus itu perlahan-lahan lemah. semoga Allah bantu!
......................................
maisarah membuka mata perlahan. terasa lama tidurnya kali ni. memandang sekeliling, dia tidak mengenali di mana dia berada. tapi dia tau bahawa dia sedang diculik!
tangan terikat ke belakang. badan tersengguk-sengguk dek derasnya kenderaan yang membawa. maisarah masih terdiam, hatinya perlahan menyebut asmaulhusna. itu hiburan hatinya saat dia resah dan gementar. ini bukan kali pertama!
kenderaan berhenti. maisarah memejamkan mata. tidak sanggup menatap wajah penculik yang melarikannya. dia cuma berpakaian tidur, auratnya sangat terdedah. ya Allah, bantu hambaMu yang tak berdaya ini. seru hatinya.
eh! bangun! bangun aku kata!
hei! perlahanlah sikit! kau nak ada orang dengar ke, apa yang kita buat ni?
mana bos? betul ke budak ni boleh bawak duit kat kita?
kau tak tau ke? bapak budak ni jutawan tuu..memang rezeki kita la...hahahaha. berdekah-dekah ketawa si malaon.
derap sepatu kedengaran dari jauh. van yang berhenti di lorong belakang sebuah rumah buruk memang mencurigakan.
alif perlahan menghampiri. pengalaman dan apa yang didengarnya sebentar tadi, cukup menjadi bukti ada sesuatu yang tidak baik berlaku.
weh! pak cik! kau buat apa kat sini malam-malam buta ni?! senyum sinis.
kurang ajar punya budak! kau panggil aku pak cik? berambus! jangan sibuk tepi kain orang!!
ai! pak cik! dah kau selak kain kat kawasan aku...memanglah aku terasa nak jaga. mata menjeling ke arah pintu belakang van, ternampak seorang budak perempuan terbaring, tangan terikat, tak berkutik, rambut panjang terurai.
pak cik! kau agak-agaklah...nak bunuh orang, jangan campak kat rumah aku!
woi! sape yang bunuh sape ni hah?! jangan sibuk! dah..blah! blah!
penumbuk tersentuh di dagu, kaki tendang perut, siku hentak belakang. seorang pak cik rebah tak bergerak. butang baju yang dipakai alif terbuka, bulat mata si tua melihat. berundur perlahan-lahan...
maisarah buka mata. di depannya seorang pemuda. tangan menghurai ikat tali.
kau okey ke? angguk.
duduk diam-diam. aku telefon polis.
mata maisarah tak berkelip memerhati lagak alif yang membelakangkannya. seketika, alif membuka beg sandang, keluarkan sehelai tuala, hulurkan kepada maisarah.
kejap lagi polis datang. ni kain..kot kau nak tutup kepala. aku duduk kat hujung sana..
maisarah terdiam...

Dah Pencen? 2

Perempuan.

Episod 2 : si Alya
nama saya Maisarah. saya seorang perempuan.
dewan kuliah yang tadi sunyi berubah rupa. suara-suara yang kedengaran menghasilkan pelbagai bunyi bagi pelbagai reaksi. ada suara ketawa, ada suara terkejut, ada juga suara mengejek.
semua boleh nampak awak ni perempuan, cik maisarah. suara puan sutinah kedengaran. unik cara awak perkenalkan  diri. boleh saya tau kenapa?
gadis bertudung litup itu senyum sedikit. di zaman moden ni ramai yang keliru identiti, puan. saya cuma nak tekankan yang saya tak keliru dan berbangga dengan identiti saya sebagai seorang perempuan. senyum simpul.
sekali lagi dewan riuh rendah. cayalah... sindiran halus tuuuu.. puan sutinah segera mengangkat tangan, meminta semua berdiam.
boleh saya tau, contoh orang yang keliru identiti tu, cik maisarah? manalah tau, takut-takut saya pun termasuk dalam golongan tu. puan sutinah mengangkat kening.
maisarah membalas dengan memgangkat keningnya juga. sudah terang lagi bersuluh, puan. kalau rupanya lelaki tetapi ada bling-bling di leher, tangan, telinga. saya rasa itu sudah termasuk dalam kategorinya. senyum lagi. dewan riuh rendah lagi.
tidak lama, pensyarah ilmu pendidikan, puan sutinah sukarman, anak jawa dari johor itu memulakan kelasnya. sungguh, perbualan itu masih berlegar di kepala.

Dah Pencen?

Episod 1: Si Alif
weh! tepi sikit. aku nak duduk. tangan kepunyaan remaja lelaki yang baru tiba itu menepuk kepala kawannya.
woi! kepala aku ni,Mat. sesedap hati je sekeh. bak sini kepala kau, biar aku pulak yang sekeh! marah kawannya.
remaja yang dipanggil Mat tu tersengih sambil duduk bersila.
kau ni Jal..kena sekeh sikit dah tunjuk perasaan. macam perempuan! Mat ketawa.
Jal mengangkat penumbuk. dua lagi remaja yang turut berada di situ ketawa dengan kuat.
eh! Idan, kau duduk diam-diam! tegak! Syed tiba-tiba bersuara.
kenapa pulak? Idan bertanya kehairanan. pelik melihat Idan yang kelihatan cemas.
untuk sekali..kau percayalah cakap kawan baik sejak tadika kau ni, Idan. tak boleh ke? tegak! jangan pusing belakang! sekali lagi suara cemas Syed berbunyi.
Mat dan Jal yang tersenyum-senyum..menambah lagi tahap kehairanan Idan.
korang ni kena...pa? suara Idan terhenti dengan sapaan satu suara halus.
ieeeee abang Idannnnn... abang Idan kat sini rupanya..jenuh Laila cari!!!
Idan menundukkan muka sambil mengepal penumbuknya. kenapa kau tak cakap minah ni yang datang?? matanya menjeling ke arah 3 kawannya yang sedang menahan ketawa itu.
aku dah cakap..kau yang tak percaya. Syed mengangkat tangannya tinggi. jom geng! blah..biar je mat bunga ni berjiwa dengan puterinya kat sinihahaha.
Mat,Jal dan Syed selamba bangun. bergerak menuju ke arah bangunan sebelah.
woi! janganlah! tolonglah aku! suara Idan merayu.
eh! abang-abang lain ni nak pergi dah ke? takpe lah. abang Idan..mari, Laila belanja makan..abang nak makan apa? tangan gadis tu dengan pantas menarik lengan Idan yang cuba melangkah.
nasib kau lah Idan..siapa suruh kau mengurat tak cek keturunan dulu? sekali dapat, keturunan obses! hahaha suara Jal terdengar. ketawa Syed meletus kuat. Mat pulak cuma tersengih.