sahabat

sahabat...kawan...teman...dan macam-macam lagi yang orang panggil..semua orang aku kira suka hidup bersahabat, walau kadang-kadang bertemu dengan sahabat yang kurang memuaskan hati..tapi aku bukan 'otaku' (istilah jepun yang baru aku tahu ni)...

sepanjang hidup aku 33 tahun ni, aku jumpa bermacam jenis sahabat. ada sahabat yang boleh gembira bersama, ada yang boleh menangis bersama, ada juga yang boleh gembira dan menangis bersama. walaupun kadang aku bertemu juga sahabat yang kurang sesuai dianggap sahabat..tapi jujurnya aku tak pernah menyesal.

ilmu tu ada berbagai bentuk dan dalam pelbagai cara untuk kita mendapatkannya..tinggal bagaimana kita ingin mengambil dan memanfaatkannya. aku tak akan menganggap si dia yang pernah menikam dari belakang itu sebagai musuh, anggap saja sebagai pengajaran, juga peringatan bahawa manusia itu tiada yang sempurna, serta anggap ia adalah warna-warni dalam hidup ini.

ini cerita aku tentang sahabat...