suatu masa dulu..
aku dengan adikku berada di dalam van ayah. van yang dah berusia banyak itu memang telah lama berjasa kepada kami. sebelum itu kami naik kereta volkswagen a.k.a kereta kura (nama manja).
ayah ke mana-mana selalu bawa kami bertiga (mak juga). di mana ada ayah, selalu ada kami berdua. kami ni kan 'late child'.hehe abang-abang dan kakak-kakak semua kat asrama, jadi tak ada yang boleh menjaga kami di rumah, masa itu tak ada babysitter.huhu
jadi kami berdua akan ikut ke mana saja yang ayah dan mak bawak. pergi ke bandar, ke surau, ke tempat ceramah, bendang dan kebun. satu hari kami on the way balik dari sawah, ayah singgah sekejap di kedai runcit. tuan kedai tu aku panggil pak stopa (ayah kawan aku yang aku dah lupa nama dia).
dah habis beli barang dan bersembang, ayah suruh kami cepat-cepat naik van. nak pergi ambik mak kamu pulak katanya. mak aku seperti biasa (dah jadi guru pencen) akan me'round' kampung-kampung berdekatan bertemu anak murid (atau istilah glemernya, berusrah).
semua dah naik van: ayah,aku,adik dan barang-barang selamat dalam van yang dah agak usang tu. tiba-tiba aku dengar Pak Stopa menjerit dari dalam kedai. dia berlari-lari kecil ke arah kami. aku ingatkan ada lagi barang atau cerita yang terlupa disampaikan, tapi aku silap. pak stopa memang berlari ke arah kami tetapi bukan kepada kami.
hehe rupanya pak stopa kelam kabut berlari ke tepi jalan yang mana ada longkang (nak kata besar, tak delah besar mana). dan aku lihat ada dua pasang kaki sejahtera tertungging di longkang tu. anak siapalah yang malang tu,kata hati aku.
ayah menjenguk kepala ke luar tingkap dan bertanya, "nape pa?anok sape jatuh ttungging dalang lokang tu?doh guane buleh jatuh pulok?"

lalu pak stopa menjawab sambil geleng kepala, "ning ho, anok beranok ustak la nih. bawok muto mate tengok laing. duk kherling anok dare orang baru turung bah tu! sapa dok sedo muto masuk lokang!"
ayah aku ketawa kecil. budak bujang 2 orang tu aku tengok dah merah padam muka menahan malu la tu.
"tu lah, Allah kang royak doh, suroh jage mate tu..dok pasa2 jatuh dalang lokang. malu buleh, sakit pon buleh jugok!"
## dari kerana mata, boleh mempengaruhi tingkah laku dan hati..jaga lah mata kita..hehe peace!